4x4 Rental Service Malaysia
+60112613 3166
+60179253709

Sewa 4x4
Jika anda ingin menyewa kenderaan 4x4, sama ada untuk kegunaan kerja atau berlibur, melalui jalan "off road" atau jalan raya biasa, atau sekadar untuk mengangkat barang, kami sedia membantu anda. Berpengalaman selama lebih kurang 10 tahun, kami tahu apakah kesesuaian anda. Dengan kadar sewa 4x4 yang murah dan bernilai untuk wang anda, ia boleh di sewa sehari dan kami mempunyai pelbagai model untuk dipilih ( Hilux, Triton dsb ) . Terus hubungi kami untuk mendapatkan kadar sewa yang terkini :)
Antara Model Yang Disediakan
Kami mempunya pelbagai model yang sesuai untuk kegunaan "offroad" dan "on road". Hubungi kami untuk mendapatkan info harga promosi semasa dan kenderaan yang tersedia. Berikut adalah antara model yang kami sediakan :
Toyota Hilux (Auto/Manual) 2014 - 2022
Dikenali kerana ketahanan dan kekuatan enjin. Keupayaan kenderaan ini tidak boleh disangkal lagi. Banyak digunakan di kawasan yang sangat mencabar.

Mitsubishi Triton ( Auto/Manual ) 2012 - 2022
Kami percaya anda tentu pernah mendengar tentang kepuasan memandu kenderaan ini baik bagi yang berpengalaman ataupun tidak. Bukan sahaja dengan keluasan bahagian kargo yang besar, keluasan dan keselesaan pemandu dan penumpang adalah antara ciri ciri yang menjadikan model ini antara pilihan terbaik kami.

Nissan Navara (A) 2014 - 2021
Kenderaan ini adalah merupakan satu model yang menjadi pilihan pelanggan kami. Bukan hanya kualiti dan pemanduan yang sangat lancar menjadikan ia sebagai pilihan , tetapi harga yang kami tawarkan sangat memuaskan pelanggan kami untuk kembali.

Ford Ranger 2013 - 2021 ( 2.0bi, 3.2, Wildtrak)
Jika anda ingin nampak lebih garang dan bergaya, ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Kami mempunyai dua pilihan iaitu 2.2 dan 3.2cc untuk anda pilih. Hubungi kami sebelum terlambat :)

Kenapa kami?
Dengan pengalaman perkhidmatan sewa 4x4 melebihi 10 tahun, kami tahu apa yang terbaik untuk anda

Muatan anda menjadi keutamaan kami
Kenderaan kami dilengkapi dengan "bar" dan penyangkut untuk memudahkan pelanggan kami mengikat muatan mereka. Ia juga dilengkapi dengan kanvas penuh supaya muatan pelanggan kami dapat dilindungi daripada hujan dan panas matahari.
Anda boleh pilih
Kami mempunyai berbagai model dan usia kenderaan. Dan kami akan pastikan bahawa pelanggan kami membayar harga yang murah dan mendapat nilai yang setimpal dengan jumlah bayaran.


Off road atau On road
Usah bimbang, dengan kadar sewa yang sama, kenderaan kami sedia untuk kegunaan off road atau on road dengan pilihan tayar yang sesuai (All terrain AT / Highway Terrain HT / Mud Terrain MT) bergantung pada kegunaan anda.
Servis mengikut masa dan dijaga rapi.
Kami tidak akan berkompromi jika ia melibatkan keselamatan pelanggan kami dan kenderaan. Kenderaan kami di servis dan diselenggara oleh pusat servis professional yang di iktiraf supaya para pelanggan kami dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamat dan tiada masalah untuk menyelesaikan kerja mereka :)


Insurans
Ya, kenderaan kami di lindungi oleh pelan insuran sekiranya apa apa kemalangan "major" berlaku pada kenderaan.